Saturday 6 February 2016

      Bagaimanakah Korea Berpecah Menjadi Dua?


   Bagaimana dan kenapakah korea berpecah menjadi dua iaitu antara korea selatan dan utara?Dan kenapa sistem pentadbiran mereka berbeza?Adakah mereka sudah berdamai setelah perang korea(1950) tamat?Baiklah ,harini saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi daripda penyelidikan saya.


  Perang korea tamat bukan kerana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berdamai, tetapi mereka terpaksa menandatangani perjanjian genjatan senjata.Jadi secara jujurnya mereka memang ingin menyambung perang tu sampai salah satu pihak menyerah kalah dan menyerahkan semua tanah korea kepada pihak yang satu lagi.Ya,seperti yang kita lihat mereka masih lagi berperang dari cuma bukan dari segi ketenteraan.Dan semestinya jika korea utara mahukan seluruh tanah korea mereka tidak boleh gunakan senjata nuklear keatas korea selatan atau tidak,sia-sia sahajalah peperangan mereka.Malahan kesan-ii radioaktif akan sampai ketanah mereka melalui air mahupon udara.Korea utara dan korea selatan amatlah berbeza bukan saja dari sudut pentadbiran,malahan dari sudut ekonomi dan kebebasan rakyat.Rakyat korea utara tidak dibenarkan menggunakan internet atau melakukan ibadat ikut agama masing-ii.Kalau tengok betul-ii,negara itu tiada masjid,gereja,tokong mahupun kuil.Kenapa?ini kerana diktaktor korea utara, Kim jung's family tahu akan bahayanya penyebaran agama ditanah mereka.Mereka risau akan revolusi menentang pentadbiran komunis.Menurut buku yang ditulis oleh Karl Marx berjudul "Manifest der Kommunistischen Partei" atau  "manifesto komunis"  ia menegaskan untuk mejatuhkan pemerintahan kapitalis dan menggunakan pengaruh komunis.Tapi di malaysia, Tungku Abdul Rahman menolak pengaruh komunis yang dibawa ke tanah melayu oleh ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng, beliau beranggapan bahawa manuskrip tersebut terlalu kotor dan ganas,tidak sesuai akan rakyat tanah melayu yang baru sahaja mengalami mimpi ngeri akibat pendudukan jepun di tanah melayu(1941-1942) . Baiklah sekarang saya akan ceritakan tentang bagaimana korea utara dan selatan berpisah.

    Siapa tak kenal korea?dari segi ekonomi,teknologi dan hiburannya yang terkenal sehinggakan artis-ii korea menjadi pujaan dan gilaan ramai remaja tidak terkecuali orang islam sendiri.Tapi,tahukah kamu korea dahulunya bukanlah sebuah negara yang rasmi.Korea dibawah pemerintahan empayar jepun selama 35 tahun(1910-1945).
      Penglibatan Jepun bermula dengan Perjanjian Ganghwa tahun 1876 ketika Dinasti Joseon Korea dan meningkat berikutan pembunuhan Maharani Myeongseong di tangan ejen-ejen Jepun pada tahun 1895, lalu memuncak dengan Perjanjian Eulsa tahun 1905 dan Perjanjian Pengilhakan tahun 1910, yang kedua-duanya akhirnya diisytiharkan "batal dan tidak sah" oleh kedua-dua pihak Jepun dan Korea Selatan pada tahun 1965. Sepanjang tempoh ini, meskipun Jepun membina rangkaian jalan raya dan komunikasi moden, kehidupan penduduk Korea biasa amat perit.Penguasaan Jepun terhadap Korea berakhir dengan penyerahan kalah jepun kepada Kuasa Berikat pada tahun 1945 pada penghujung perang dunia II. sumber-https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerintahan_Jepun_di_Korea

     Dalam tempoh pembahagian tersebut korea utara diberikan kepada Soviet Union(USSR) kini rusia, manakala korea selatan diberikan kepada Amerika bagi menjaga dan memberikan dana untuk pembaik pulihkan dan menubuhkan sistem pentadbiran yang baru.Amerika di korea selatan membuat pilihan raya dan Syngman Rhee dilantik sebagai president pertama korea republik,manakala korea utara yang dibawah Soviet Union(USSR) enggan untuk membuat pilihan raya dan melantik Kim Il-sung(datuk kepada ketua korea utara sekarang Kim jung-un) sebagai ketua negara korea utara. 

     USSR dan negara komunis China mula memberi dana dan senjata kepada korea utara.Namun,Amerika tidak begitu pandang akan kemungkinan berlakunya peperangan antara dua belah negara korea tersebut.Amerika hanya memberi sumbangan senjata yang tidak begitu banyak kalau dibandingkan dengan senjata yang diberikan kepada korea utara dan menolak untuk memberikan sebarang kereta kebal kepada korea selatan.Jelas sekali,korea selatan tidak bersedia akan kebarangkalian berlakunya perang dengan korea utara.
    
    
    Namun pada 1950, bermulanya perang korea dengan bergerak menuju korea selatan sehingga korea selatan hanya tinggal di bucu selatan.Melalui laluan laut dengan menggunakan angkatan laut Amerika,korea selatan berjaya menawan kembali ibu negara korea selatan(Seoul) dan memotong bekalan bagi tentera korea utara di korea selatan.Secara automatik tentera korea utara di korea selatan dikepung dan menyerah kalah.Korea selatan melancarkan serangan balas keatas korea utara dengan menawan ibu negara korea utara(Pyongyang). Korea utara dengan bantuan USSR dan China menawan kembali pyongyang dan  mengekalkan sempadan dengan manandatangani perjanjian genjatan senjata(1953). 

  Sekarang kenapa kedua-ii korea dibantu oleh dan diberikan kepada USSR dan Amerika?Mereka juga membantu vietnam ketika perang saudara vietnam antara selatan dan utara.Dalam setiap peperangan USSR ibarat berperang dengan Amerika,tetapi tidak.Persoalannya,kenapa Amerika tidak berperang secara "direct" dengan USSR . Amerika adalah sebuah negara kapitalis manakala USSR negara komunis.Ketika penhunjung perang dunia kedua,Amerika telah menjatuhkan dua bom atom (fat man dan little boy) di nagasaki dan hiroshima.USSR secara cepat-ii mengkaji akan penghasilan bom atom.dan berjaya setelah beberapa kali cubaan.Disini ,jika USSR dan Amerika Berperang, maka bukan sahaja setakat perang dunia ketiga berlaku,malahan Perang Nuklear juga akan berlaku,dimana kemusnahan tamadun dan kehancuran ummat manusia akan terjadi.Joseph Stalin sedar akan perkara ini.Beliau mengambil tindakan supaya tidak berperang dengan Amerika.(Kita patut puji dia untuk itu '-'~).

  terima kasih atas kesetiaan anda membaca blog ini.Jika ada sebarang pertanyaan,nasihat atau komen sila tinggalkan dibawah ^^.




sumber:http://www.kompasiana.com/iwansuwandy.wordpress.com/pameran-koleksi-korea-utara-di-museum-dunia-maya_55002cc5a333115c7350ffaa










                                              
                                           sumber:https://www.archives.gov/research/military/korean-war/








4 comments:

  1. Suka dengan blog nie..byk sejarah yg dapat sebelum nie x tahu sekarang dah tahu..harap ada lagi sejarah yg dapat dirungkai..teruskan menulis di blog ini..sejarah byk mengajar kita apa yg terjadi di masa lalu..terbaik blog nie

    ReplyDelete
  2. Menarik blog ini. Menceritakan tentang fakta² yang kita tidak pernah tahu tentang sejarah dunia ini. Teruskan usaha dan selamat maju jaya.

    ReplyDelete